Didirikan pada awal tahun 1985 di atas Lot Tanah No. 1263 seluas 9 ekar 341 depa dalam Mukim Gading Galoh, Pulai Chondong dalam kawasan Kampung Pauh Lima, pangkal Gong.
Pada Bulan April 1988 sekolah ini telah mula digunakan dengan menempatkan murid-murid dari Sekolah Kebangsaan Pulai Chondong (1). Segala urusan pentadbiran adalah di bawah naungan sekolah tersebut. Tuan Haji Abdul Rahman b Ahmad, Penyelia petang SKPC (1) telah diberi mandat sebagai Penyelia sekolah dengan keramaian 18 orang guru dan 375 orang murid.
Sekolah ini telah dibuka dengan rasminya pada 1 Januari 1989 dengan keramaian murid 375 orang terdiri daripada murid-murid di sekitar Kampung Bukit,Kampung Belukar, Kampung Pangkal Gong, Kampung Kemahang, Kampung Merbau Salam, Kampung Pauh Lima, Kampung Pangkal Nering Timur, Kampung Kelubi, Kampung Baru, Kampung Peradong, Kampung Tok Bok, Kampung Tok Kaya dan Kampung Kuala Merabang.
Sekolah ini mempunyai 6 aliran iaitu Tahun 1 hingga Tahun 6 dan setiap aliran mempunyai 2 kelas menjadikan semuanya 12 kelas.
Pada awal tahun, ianya dibekalkan dengan seorang guru besar, 18 orang guru dan seorang pegawai kerani dengan kekurangan 2 orang guru agama. Setelah berjalan hampir 4 bulan barulah dibekalkan seorang pekerja Am dan seorang guru agama. Kini seorang lagi guru agama telah pun dibekalkan dan 2 orang pelayan pejabat. Pada keseluruhannya bilangan guru dan kakitangan telah mencukupi kuota kecuali seorang jaga.
Pada pandangan mata kasar sekolah ini mempunyai 2 blok bangunan 2 tingkat yang tersergam indah dengan segala kemudahan disediakan seperti bilik darjah, bilik perpustakaan, musalla, bilik APD, bilik gerakan, bilik guru, Bilik Guru Besar, bilik Penolong Kanan, tempat wuduk, stor dan sebuah bangunan kantin. Namun begitu, sekolah ini masih lagi serba kekurangan dari segi peralatan dalam yang setakat ini baru sahaja dibekalkan dengan kerusi dan meja murid sahaja sedangkan peralatan lain masih lagi dalam proses penghantaran.
Akhirnya segala kemudahan telah mencukupi termasuklah bilangan guru,dan murid bertambah dari masa ke semasa. Kelas Pra telah mula dijalankan dan tambahan untuk bilik masak telah di bina.
Pada tahun 1993, sekolah ini telah dicalonkan sebagai Sekolah Cantik mewakili Pejabat Pendidikan Daerah Tanah Merah/Machang/Jeli ke peringkat Negeri Kelantan.
Pada 21 Ogos 1995, sekolah ini dengan rasmi telah ditukar nama kepada Sekolah Kebangsaan Pangkal Gong, Pulai Chondong.
No comments:
Post a Comment